Pages - Menu

21 December 2015

Sejarah Ringkas Batu Pahat


Asal usul nama Batu Pahat disusur kembali melalui legenda abad ke-15 apabila tentera Siam menyerang tempat batu yang dipahat di kampung Minyak Beku bagi mendapatkan bekalan air bersih semasa pengunduran mereka. Ketika itu, mereka sedang dikejar oleh tentera Melaka pimpinan Tun Perak, bendahara dari kerajaan Kesultanan Melayu Melaka. 

Pada tahun 1456, tentera Siam yang dipimpin oleh Laksamana Awi Di Chu telah menduduki Batu Pahat dahulu sebelum menyerang Melaka. Menurut kisah lain, selepas Portugis menduduki Melaka, dipercayai bahawa batu-batu granit yang digunakan untuk membina Kota A Famosa diperoleh daripada muara Sungai Batu Pahat. Maka bandar Batu Pahat mendapat namanya daripada "batu yang dipahat" di muara itu.


Tugu Batu Pahat

Terkenal kerana ikan masin pada suatu ketika dahulu, Batu Pahat sebelum ini dikenali sebagai "Bandar Penggaram" yang bermaksud "bandar pembuat garam". Bandar Penggaram dibuka pada 1 Januari 1894 oleh Dato' Muhamad Salleh bin Perang, Dato' Bentara Luar Johor atas titah sultan Abu Bakar, sultan Johor ketika itu. Kini Batu Pahat terus membangun dan muncul sebagai salah satu daerah yang termaju di negeri Johor Darul Takzim(JDT) dan mempunyai potensi yang besar untuk terus maju pada masa hadapan.


Lokasi Menarik

- Roti Tampal Pak Omar, Taman Bukit Perdana
-Nasi Lemak tepi Parit Dobi, Taman Sri Kenangan
-Mee Racun Gearbox, Jalan Sultanah

- Square One Mall, Taman Sri Jaya
- Batu Pahat Mall, Jalan Kluang
- The Summit Batu Pahat, Jalan Bakau Condong

- Wet World Water Park,Tasik Bukit Pasir, Batu 1/2
- Hutan Lipur Soga Perdana
- Pantai Rekreasi Punggor, Rengit

- Hotel Garden, Jalan Jenang Dalam
- Hotel Katerina, Jalan Zabedah
- Hotel Pelican, Jalan Rugayah

- Masjid Jamek Dato' Bentara Luar
- Masjid Jamek Sultan Ismail, Jalan Bakau Condong



*p/s:
-penulis lahir di Hospital Putra, Batu Pahat, Johor




No comments:

Post a Comment