Pages - Menu

22 December 2015

Sejarah Ringkas Melaka




Pengenalan

Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan kesultanan Melaka oleh Parameswara seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang berketurunan Majapahit pada tahun antara 1400 masihi hingga 1403 Masihi. Ahli sejarah tidak dapat mengenal pasti tentang tarikh yang sebenar mengenai pembukaan negeri Melaka. Menurut Tome Pires iaitu penulis Portugis yang tinggal di Melaka pada tahun 1512 hingga 1515, beliau menceritakan bahawa negeri Melaka dibuka kira-kira 100 tahun sebelum Melaka ditawan oleh Portugis.

Seorang  penulis Portugis lain De Barros memberi tahu bahawa tarikh Melaka dibuka kira-kira 250 tahun terlebih dahulu sebelum itu. Lebih mengelirukan, terdapat pula  pendapat seorang ahli sejarah lain iaitu Gasper Correa sebagai mana yang terdapat dalam bukunya “Lendes Da India”. Bahawa Melaka telah wujud lebih kurang tujuh kurun lamanya sebelum ditawan oleh Portugis.

Oleh kerana tidak ada tarikh pada keseluruhan  dalam sejarah melayu, maka tarikh tepat pembukaan Melaka tidak dapat diketahui. Sungguh pun pendapat yang diberikan oleh penulis Portugis mengenai pembukaan Melaka saling bercanggahan, tetapi penulis-penulis tersebut bersetuju bahawa Melaka dibuka oleh Parameswara atau lebih dikenali sebagai Raja Iskandar Syah selepas baginda memeluk islam. Melaka pada awalnya hanya sebuah perkampungan nelayan, namun telah berkembang pesat menjadi sebuah pusat perdagangan emtrepot dan Berjaya menarik ramai pedagang asing untuk berdagang di Melaka.





Melaka juga merupakan  sebuah kerajaan yang telah menjadi pengasas kepada wujudnya kerajaan-kerajaan melayu yang lain seperti Kelantan, Terengganu, Johor dan sebagainya. Antara pedagang-pedagang luar yang telah dating untuk berdagang di Melaka pada zaman kegemilangannya adalah pedagang-pedagang dari Cina, India, Arab dan lain-lain. kerajaan Melayu Melaka telah mencapai zaman kegemilangannya pada abad ke-15 hinggalah abad ke-16.

Kerajaan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangannya disebabkan  oleh beberapa faktor yang penting seperti pusat perdagangan dunia, pusat penyebaran agama islam, peranan orang laut, sistem pemerintahan yang teratur dan strategik, kedudukan geografi yang strategic sebagai pusat intelektual dan sebagainya.


Asal usul nama Melaka 

Sejarah Melayu:
- diberi sempena nama pokok Melaka

Pedagang Arab:
- Memanggil Melaka dengan panggilan 'Malakat' iaitu perhimpunan segala dagang. Mereka juga memanggil   sebagai 'Malaqah' iaitu bermaksud pertemuan

Menurut Bahasa Sanskrit:
- Melaka mendapat nama dari sejenis pokok 'Amalaka' yang mempunyai buah masam. Mengikut mitos Hindu, Amalaka ialah pokok pertama yang tumbuh di alam semesta

Gasper Correa(Penulis Sejarah Portugis):
-  Melaka dikenali sebagai 'Malagas'

sumber dipetik dari
- http://www.penaminang.com
http://cgrohaida.blogspot.my/2011/03/42-asal-usul-nama-melaka.html



No comments:

Post a Comment